Sebahagian daripada murid-murid yang mendapat 5A. Tahniah cikgu ucapkan..
Jom Bijak Bahasa
Friday, 9 December 2011
Thursday, 8 December 2011
OBOR BAHASA
KATA PENGUAT
Kata penguat ialah perkataan yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Kata penguat ada tiga jenis iaitu:
* Kata penguat hadapan -terlalu,paling,agak,begitu
* Kata penguat belakang - sekali,benar.nian,betul
* Kata penguat bebas - amat.sungguh,sangat
Kata penguat ialah perkataan yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Kata penguat ada tiga jenis iaitu:
* Kata penguat hadapan -terlalu,paling,agak,begitu
* Kata penguat belakang - sekali,benar.nian,betul
* Kata penguat bebas - amat.sungguh,sangat
SELAMAT DATANG
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
PETUA SEORANG GURU
Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,
Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,
Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,
Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,
ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara,
ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,
tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa,
dikenang murid sepanjang masa.
KEMAHIRAN BAHASA
Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Penjodoh Bilangan berada di hadapan kata bilangan untuk benda,manusia,haiwan dan perkara.
Penjodoh Bilangan berada di hadapan kata bilangan untuk benda,manusia,haiwan dan perkara.
Penjodoh bilangan | Penggunaan | Contoh |
berkas | Benda yang diikat bersama-sama | kayu api,rotan,lidi |
bidang | Benda-benda yang terbentang luas | kain,kebun,sawah, permaidani,layar |
bilah | Benda-benda yang tajam | pisau,keris,gunting, kapak,sabit,parang |
butir | Benda-benda yang bulat dan kecil | peluru,batu,permata, telur,manik |
cubit | Benda yang diambil sedikit dengan jari | garam,gula,serbuk perasa,serbuk kunyit |
cucuk | Benda yang dicucuk dengan lidi | sate,ayam percik |
das | Bunyi letupan atau tembakan | tembakan,(pistol,meriam) |
ekor | Semua jenis binatang | ayam,kuda, katak,ular |
gelung | Benda yang panjang dan berlingkar | rotan,tali,dawai, kabel,filem |
gugus | Buah-buahan atau benda yang berangkai | anggur,kunci, pulau |
helai | Benda yang nipis dan lebar | kertas,kain, baju,rambut |
ikat | Benda –benda yang diikat | kayu,lidi,tebu, serai |
KEMAHIRAN BAHASA
KATA PERINTAH
Kata yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindakan.
Kata Perintah | Fungsi |
Jangan Usah | Larangan |
Sila Jemput | Silaan |
Minta Tolong Harap | Permintaan |
Contoh ayat;
1. Jangan bermain di tepi jalan raya.
2. Usahlah ditangisi pemergiannya.
3. Sila duduk sebentar.
4. Jemputlah makan.
5. Minta saudara dan saudari ke belakang sedikit.
6. Tolong beratur di tepi kelas.
7. Harap kamu tidak lupa pesanan saya.
KEMAHIRAN BAHASA
PENANDA WACANA
Penanda wacana ialah perkataan atau rangkai kata yang digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau idea antara satu sama lain. Hubungan ini terjadi dalam bentuk ayat baru atau perenggan baru. Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat.
Contoh penanda wacana
Semenjak itu Selepas itu Namun begitu
Selanjutnya Oleh itu Kalau begitu
Oleh yang demikian Oleh sebab itu Jadi
Di samping itu Tambahan pula Sebelum itu
Alkisah Hatta Syahadan
Arakian Maka Sebelum
Subscribe to:
Posts (Atom)